Soalan:
Rakan saya yang merupakan seorang mualaf telah meninggal dunia, dan dia masih mempunyai ahli keluarga yang tidak beragama Islam, dan ada kalangan mereka yang ingin turut serta memandikan jenazah si mati. Soalan saya, adakah seorang non-Muslim itu boleh memandikan jenazah Muslim?
Ringkasan Jawapan:
Orang bukan Muslim boleh memandikan jenazah Muslim, dan hukum mandi jenazah itu adalah sah kerana ia tidak memerlukan niat seperti mandi junub.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.
Menurut mazhab Syafie, hukum seseorang bukan Islam memandikan jenazah muslim adalah sah dan perkara ini dinyatakan dalam kitab Fath al-Mu’in:
ويَكْÙÙÙŠ غÙسْل٠كاÙÙرÙ
Maksudnya: …dan sah mandian orang kafir terhadap jenazah seorang Muslim.[1]
Alasan bagi hukum ini dijelaskan oleh para ulama mazhab Syafie, antaranya Abu Bakr al-Dimyati:
وذلك Ù„Øصول المقصود من غسله، وهو النظاÙØ©ØŒ وإن لم يكن أهلا للنية، لأن نية الغاسل لا تشترط على الأصØ
Maksudnya: Hal tersebut kerana telah tercapai objektif daripada mandi jenazah, iaitu kebersihan, meskipun seseorang itu tidak mempunyai kelayakan memasang niat dalam ibadah. Ini kerana menurut mendapat yang lebih sahih dalam mazhab Syafie, niat orang yang memandikan bukannya syarat sah mandi jenazah.[2]
Orang bukan Islam tidak memiliki kelayakan niat dalam ibadah kerana Islam merupakan syarat sah sesuatu ibadah. Manakala mandi jenazah lebih menjurus kepada proses membersihkan tubuh badan si mati.
Wallahu a’lam.
Rujukan:
[1] Fath al-Mu‘in bi Syarh Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din oleh Zainuddin al-Malibari (t.t) Dar Ibn Hazm, Cetakan Pertama, hlm. 214
[2] I‘anah al-Talibin ‘ala Halli Alfaz Fath al-Mu‘in oleh Abu Bakar al-Dimyati (1997) Dar al-Fikr, Cetakan Pertama, 2/125
Hal yang sama juga disebut oleh al-Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj:
(ولا تجب نية الغاسل) أي لا تشترط ÙÙŠ صØØ© الغسل، (ÙÙŠ الأصØØŒ ÙيكÙÙŠ) على هذا (غرقه أو غسل كاÙر) لأن المقصود من هذا الغسل هو النظاÙØ©ØŒ وهي لا تتوق٠على نية
Begitu juga oleh Syihabuddin al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj:
(وَلَا تَجÙب٠نÙيَّة٠الْغَاسÙÙ„Ù) أَيْ لَا تÙشْتَرَط٠ÙÙÙŠ صÙØَّة٠الْغÙسْل٠(ÙÙÙŠ الْأَصَØÙ‘Ù ÙَيَكْÙÙÙŠ) عَلَى هَذَا (غَرَقÙÙ‡ÙØŒ أَوْ غÙسْل٠كَاÙÙرÙ) إذْ الْمَقْصÙود٠مÙنْه٠النَّظَاÙÙŽØ©Ù ÙˆÙŽÙ‡ÙÙŠÙŽ غَيْر٠مÙتَوَقّÙÙَة٠عَلَى Ù†ÙيَّةÙØŒ ÙˆÙŽÙ…ÙقَابÙل٠الْأَصَØّ٠تَجÙبٻ
Date of Input: 05/07/2023 | Updated: 05/07/2023 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum