SOALAN
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, jika kita terputus daripada mendengar suara imam ketika sedang solat berjemaah, apakah yang perlu dilakukan? Jika solat tersebut merupakan solat Jumaat dan makmum memilih untuk mufaraqah daripada imam, adakah perlu diganti dengan solat Zohor dengan ditambah dua rakaat atau bagaimana?
Mohon penjelasan. Terima kasih.
RINGKASAN JAWAPAN
Jika terdapat cara lain yang membolehkan makmum mengetahui pergerakan imam seperti melihat kepada saf di hadapannya yang bersambung sehingga kepada saf paling hampir dengan imam atau dengan mendengar suara orang perantara yang menyampaikan suara imam (mubaligh), maka hendaklah makmum meneruskan solat seperti biasa.
Walau bagaimana, jika tiada cara untuk mengetahui pergerakan imam seperti berada di luar masjid atau sebagainya, maka makmum tersebut dibolehkan untuk berniat berpisah (mufaraqah) daripada berjemaah bersama imam dan kemudian solat secara bersendirian. Namun begitu, sebaiknya hendaklah menunggu sebentar dan memastikan bahawa sudah tiada cara untuk berjemaah bersama imam sebelum mufaraqah kerana boleh jadi keadaan tersebut cuma seketika sahaja.
Manakala bagi permasalahan solat Jumaat pula, jika makmum sempat mendapat satu rakaat solat bersama imam sebelum mufaraqah maka makmum hendaklah menyempurnakan solat sebagai solat Jumaat. Adapun jika tidak sempat maka hendaklah menyempurnakan solatnya sebagai solat Zohor.
WaAllahu a’lam.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Bagi permasalahan ini, ia berkait dengan syarat qudwah makmum kepada imam. Antara syarat sahnya qudwah makmum kepada imam, makmum hendaklah mengetahui pergerakan imam.
Pengetahuan tersebut terhasil sama ada dengan mendengar suara imam atau makmum di belakang imam sebagai mubaligh atau juga melihat imam atau orang yang berada di belakang. Hal ini sepertimana disebutkan oleh Imam al-Nawawi bahawa:
ÙŠÙشْتَرَط٠لÙصÙØَّة٠الÙاقْتÙدَاء٠عÙلْم٠الْمَأْمÙوم٠بÙانْتÙقَالَات٠الْإÙمَام٠سَوَاءٌ صَلَّيَا ÙÙÙŠ الْمَسْجÙد٠أَوْ ÙÙÙŠ غَيْرÙه٠أَوْ Ø£ÙŽØَدÙÙ‡Ùمَا ÙÙيه٠وَالْآخَر٠ÙÙÙŠ غَيْرÙه٠وَهَذَا Ù…Ùجْمَعٌ عَلَيْه٠قَالَ أَصْØَابÙنَا ÙˆÙŽÙŠÙŽØْصÙل٠لَه٠الْعÙلْم٠بÙØ°ÙŽÙ„ÙÙƒÙŽ بÙسَمَاع٠الْإÙمَام٠أَوْ مَنْ خَلْÙَه٠أَوْ Ù…Ùشَاهَدَة٠ÙÙعْلÙه٠أَوْ ÙÙعْل٠مَنْ خَلْÙÙŽÙ‡Ù
Maksudnya: Disyaratkan sah solat berjemaah ialah makmum mengetahui perpindahan-perpindahan rukun imam sama ada kedua-duanya (imam dan makmum) mendirikan solat di dalam masjid atau selainnya, atau salah seorang di dalam masjid dan yang lain di selainnya. Hal ini merupakan ijmak ulama. Para ulama kami (mazhab al-Syafie) berpandangan bahawa pengetahuan tersebut boleh dengan cara mendengar suara imam atau orang yang berada di belakangnya, atau dengan cara melihat pergerakan imam atau orang yang berada di belakangnya.[1] (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4:309)
Justeru itu, jika keadaan membolehkan makmum mengetahui pergerakan imam dengan cara-cara yang disebutkan di atas walaupun tanpa mendengar suara imam, maka solat perlu diteruskan seperti biasa.
Hal ini seperti contohnya makmum dapat melihat saf di hadapannya yang bersambung sehingga kepada saf yang paling hampir dengan imam, maka situasi tersebut membolehkan makmum untuk meneruskan solat bersama imam. Dalam situasi ini, hendaklah dalam kalangan makmum yang mendengar suara atau melihat imam menjadi mubaligh (penyampai) kepada para makmum yang lain. Imam al-Khatib al-Syirbini dalam hal ini menyatakan:
نَعَمْ إنْ لَمْ يَبْلÙغْ صَوْت٠الْإÙمَام٠جَمÙيعَ الْمَأْمÙومÙينَ جَهَرَ بَعْضÙÙ‡Ùمْ وَاØÙدٌ أَوْ أَكْثَرَ بÙØَسَب٠الْØَاجَة٠لÙÙŠÙبَلّÙغَ عَنْه٠لÙخَبَر٠الصَّØÙÙŠØَيْن٠أَنَّه٠- صَلَّى اللَّه٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ - صَلَّى ÙÙÙŠ مَرَضÙه٠بÙالنَّاس٠وَأَبÙÙˆ بَكْر٠- رَضÙÙŠÙŽ اللَّه٠عَنْه٠- ÙŠÙسْمÙعÙÙ‡Ùمْ التَّكْبÙيرَ .
Maksudnya: Jika tidak sampai suara imam kepada seluruh para makmum, hendaklah salah seorang atau lebih seorang berdasarkan keperluan untuk menyampaikan suara imam tersebut. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim bahawa Nabi SAW solat pada ketika Baginda SAW sedang sakit dan Saidina Abu Bakar RA memperdengarkan takbir kepada para makmum.[2] (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1:345)
Walau bagaimanapun jika situasi tidak membolehkan makmum mengetahui pergerakan imam melalui cara-cara yang disebutkan di atas seperti berada di luar masjid atau sebagainya, maka makmum boleh untuk keluar daripada berjemaah bersama imam (mufaraqah) dengan berniat dan meneruskan solat secara bersendirian. Jika sekiranya dia tidak berniat untuk mufaraqah dan dia mendahului perbuatan imam dalam keadaan dia sedar dan ingat bahawa dia sedang mengikut imam, maka batal solatnya.[3]
Oleh yang demikian, jika makmum ingin berpisah daripada mengikut imam maka hendaklah dia berniat mufaraqah terlebih dahulu. Namun begitu, sebaiknya hendaklah menunggu sebentar dan memastikan bahawa sudah tiada cara untuk berjemaah bersama imam sebelum mufaraqah kerana boleh jadi keadaan tersebut cuma seketika sahaja.
Perbahasan Bagi Solat Jumaat
Manakala perbahasan bagi solat Jumaat pula, jika makmum sempat mengikuti imam pada rakaat pertama solat Jumaat maka dia boleh menyempurnakan solat jumaat tersebut.[4] Hal ini sepertimana disebutkan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari bahawa:
(وَمَنْ Ùَارَقَ الْإÙمَامَ) وَقَدْ أَدْرَكَ مَعَه٠الْأÙولَى (ÙÙÙŠ الثَّانÙيَة٠وَأَتَمَّهَا جÙÙ…Ùعَةً أَجْزَأَهÙ)
Maksudnya: Sesiapa yang berpisah daripada mengikuti imam (mufaraqah) dalam keadaan dia sempat rakaat pertama bersama imam, maka pada rakaat kedua hendaklah dia menyempurnakan solat Jumaat tersebut dan ia sah baginya.[5] (Rujuk Asna al-Mathalib, 1:252)
Oleh yang demikian, dapat difahami daripada nas di atas bahawa apabila seseorang berpisah daripada berjemaah sebelum mendapat rakaat pertama solat Jumaat bersama imam, maka hendaklah dia menyempurnakan solat Zohor. WaAllahu a’lam.
RUJUKAN
[1] Al-Nawawi, Yahya Ibn Syaraf, t.t, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Beirut, Dar al-Fikr, jld. 4, hlmn 309.
[2] Al-Syirbini, al-Khatib, 1994, Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifati Maani al-Minhaj, Beirut, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, jld. 1, hlmn. 345.
[3] Hasyiah al-Ramli al-Kabir:
(قَوْلÙÙ‡Ù: ÙÙŽØ¥Ùنْ Ùَارَقَه٠صَØَّتْ صَلَاتÙÙ‡Ù) أَمَّا ثَوَاب٠الْجَمَاعَة٠لÙمَا سَبَقَ ÙَيَسْقÙط٠كَمَا صَرَّØÙŽ بÙه٠الشَّيْخ٠أَبÙÙˆ Ø¥ÙسْØَاقَ الشّÙيرَازÙيّ٠وَجَرَى عَلَيْه٠جَمَاعَةٌ Ù…Ùنْ الْمÙتَأَخّÙرÙينَ وَلَوْ سَلَّمَ قَبْلَ الْإÙمَام٠وَلَمْ يَنْو٠مÙÙَارَقَتَه٠عَالÙمًا ذَاكÙرًا Ù„ÙلْقÙدْوَة٠بَطَلَتْ صَلَاتÙه٠قَطْعًا؛ Ù„Ùأَنَّه٠Ùَعَلَ Øَرَامَيْن٠التَّقَدّÙÙ…ÙŽ بÙرÙكْن٠وَقَطْعَ الْقÙدْوَة٠مÙنْ غَيْر٠نÙيَّة٠الْمÙÙَارَقَةÙ.
[4] Al-Ghurar al-Bahiyyah:
(ÙˆÙŽ) تَØْصÙÙ„Ù (جÙÙ…Ùعَةٌ بÙرَكْعَةÙ) Ù„Ùخَبَر٠«Ù…َنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً Ù…Ùنْ الصَّلَاة٠Ùَقَدْ أَدْرَكَهَا» رَوَاه٠الشَّيْخَانÙØŒ ÙˆÙŽÙ„Ùخَبَر٠«Ù…َنْ أَدْرَكَ Ù…Ùنْ الْجÙÙ…Ùعَة٠رَكْعَةً ÙَلْيÙصَلّ٠إلَيْهَا Ø£Ùخْرَى» وَخَبَر٠«Ù…Ùنْ أَدْرَكَ Ù…Ùنْ صَلَاة٠الْجÙÙ…Ùعَة٠رَكْعَةً Ùَقَدْ أَدْرَكَ الصَّلَاةَ» رَوَاهÙمَا الْØَاكÙم٠وَقَالَ ÙÙÙŠ ÙƒÙلّ٠مÙنْهÙمَا: إسْنَادÙه٠صَØÙÙŠØÙŒ عَلَى شَرْط٠الشَّيْخَيْن٠ÙÙŽØ¥Ùنْ أَدْرَكَ دÙونَهَا Ù†ÙŽÙˆÙŽÙ‰ جÙÙ…Ùعَةً تَبَعًا Ù„ÙلْإÙمَام٠وَأَتَمَّهَا ظÙهْرًا.
[5] Al-Ansari, Zakaria, t.t, Asna al-Mathalib fi Syarh Raudh al-Thalib, Beirut, Dar al-Kutub al-Islami, jld. 1, hlmn. 252.
Date of Input: 16/08/2022 | Updated: 16/08/2022 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum