SOALAN
Assalamualaikum, Saya keliru menentukan tempoh idah kerana saya berada dalam 2 situasi iaitu idah kematian suami dan idah wanita yang mengandung. Persoalannya, tempoh idah saya perlu ikut yang mana, tunggu habis idah 4 bulan 10 hari atau selepas bersalin walaupun belum cukup 4 bulan 10 hari. Saya keliru, mohon pencerahan Datuk Mufti. Terima Kasih.
Ringkasan Jawapan:
Tempoh idah bagi situasi wanita mengandung yang kematian suami ialah mengikut tempoh selepas melahirkan anak tidak kira sama ada tempoh idahnya pendek atau tempoh idahnya panjang. Sebagai contoh isteri melahirkan anak selepas kematian suami ataupun isteri melahirkan anak setelah 9 bulan kematian suami.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat
Idah bagi wanita yang kematian suami adalah empat bulan 10 hari berdasarkan firman-Nya:
وَالَّذÙينَ ÙŠÙتَوَÙَّوْنَ Ù…ÙنكÙمْ وَيَذَرÙونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بÙØ£ÙŽÙ†ÙÙسÙÙ‡Ùنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهÙر٠وَعَشْرًا
Maksudnya: Dan mereka yang meninggal dunia dari kalangan kalian serta meninggalkan isteri-isteri hendaklah mereka itu (para isteri) menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari.
Surah al-Baqarah (234)
Ayat di atas menjelaskan tempoh idah selama 4 bulan 10 hari bagi wanita yang kematian suami. al-Baghawī mentafsirkan tempoh tersebut termasuk wanita yang masih mempunyai haid mahupun wanita menopause (putus haid).
Sementara itu, tempoh idah wanita yang mengandung ialah setelah melahirkan anak sama disebabkan cerai hidup mahupun bercerai mati berdasarkan dalil berikut: [1]
Firman Allah SWT
ÙˆÙŽØ£Ùولَات٠الْأَØْمَال٠أَجَلÙÙ‡Ùنَّ Ø£ÙŽÙ† يَضَعْنَ ØَمْلَهÙنَّ
Maksudnya: Wanita-wanita yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka.
Surah al-Thalaq (4)
Dalil di atas diturunkan selepas surah al-Baqarah (234) dan telah mansukh (dipindahkan/ diangkat) bagi ayat untuk tempoh idah selama 4 bulan 10 hari bagi wanita yang kematian suami ke atas tempoh idah wanita mengandung bagi surah al-Thalaq (4). Sementara itu, majoriti fuqaha mengkhususkan (takhsis) ayat surah al-Baqarah (234) yang menyatakan tempoh idah kematian suami iaitu 4 bulan 10 hari dengan hadis berikut:[2]
Hadis yang diriwayatkan daripada al-Miswar bin Makhramah :
أَنَّ سÙبَيْعَةَ Ù†ÙŽÙَسَتْ بَعْدَ ÙˆÙŽÙَاة٠زَوْجÙهَا بÙلَيَال٠Ùَجَاءَتْ Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‰ رَسÙول٠اللَّه٠صَلَّى اللَّه٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ Ùَاسْتَأْذَنَتْه٠أَنْ تَنْكÙØÙŽØŒ ÙÙŽØ£ÙŽØ°ÙÙ†ÙŽ لَهَا، ÙÙŽÙ†ÙŽÙƒÙŽØَتْ.
Maksudnya: “Subai’ah al-Aslamiyah RA anha telah melahirkan anak pada malam selepas kematian suaminya. Subai’ah menemui Nabi SAW dan meminta izin untuk berkahwin, Baginda SAW membenarkannya lalu berkahwin. “
Sahih al-Bukhari (5320)
Hadis tersebut menjelaskan wanita dibenarkan berkahwin setelah melahirkan anak walaupun baru kematian suami. Ini bermakna situasi wanita tersebut telah selesai tempoh iddah.
Al-Syirbini menyatakan idah kematian suami bagi wanita yang hamil adalah selepas melahirkan anak, mahupun selepas sempurna melahirkan anak kembar yang kedua. Hal ini berdasarkan hujah idah wanita mengandung ialah melahirkan anak pada dalil surah al-Thalaq (4) merupakan muqayyad (membataskan /terhad) bagi dalil surah al-Baqarah (234) berkaitan tempoh idah wanita yang kematian suami ialah 4 bulan 10 hari. [3] Oleh yang demikian, tempoh idah wanita yang mengandung ialah selepas melahirkan anak sama ada bercerai mati atau hidup dengan talak raj’ie ataupun talak ba’in. [4]
Penutup
Setelah meneliti dalil yang dikemukakan, berikut ringkasan iddah bagi tempoh wanita yang mengandung kematian suami:
RUJUKAN
[1] Husayn b. Mas'Å«d al-BaghawÄ« ,(t.th) Ma‘Älim al-TanzÄ«l fi Tafsir al-Quran, Tafsir al-Baghawi, Beirut: Dar al-Turath, cet : 1
تÙسير البغوي - طيبة (8/ 153)
أَمَّا الْمÙتَوَÙÙ‘ÙŽÙ‰ عَنْهَا زَوْجÙهَا ÙَعÙدَّتÙهَا أَرْبَعَة٠أَشْهÙر٠وَعَشْرًا سَوَاءٌ كَانَتْ Ù…Ùمَّنْ تَØÙيض٠أَوْ لَا تَØÙيضÙ
مَّا الْØَامÙÙ„Ù ÙَعÙدَّتÙهَا بÙوَضْع٠الْØَمْل٠سَوَاءٌ طَلَّقَهَا زَوْجÙهَا أَوْ مَاتَ عَنْهَا Ù„ÙقَوْلÙه٠تَعَالَى: {ÙˆÙŽØ£Ùولَات٠الْأَØْمَال٠أَجَلÙÙ‡Ùنَّ أَنْ يَضَعْنَ ØَمْلَهÙنَّ
تÙسير البغوي - Ø¥Øياء التراث (1/ 316)
سÙورَة٠الطَّلَاق٠وَأÙولات٠الْأَØْمال٠أَجَلÙÙ‡Ùنَّ أَنْ يَضَعْنَ ØَمْلَهÙنَّ [الطَّلَاقÙ: 4] ØŒ نَزَلَتْ بَعْدَ قَوْلÙه٠تَعَالَى: يَتَرَبَّصْنَ بÙأَنْÙÙسÙÙ‡Ùنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهÙر٠وَعَشْراً، [وبالطولى] [8] ÙÙŠ سورة البقرة ÙØمل عَلَى النَّسْخÙØŒ وَعَامَّة٠الْÙÙقَهَاء٠خَصّÙوا الْآيَةَ بÙØَدÙيث٠سÙبَيْعَةَ:.
[3]Al-Khatib As-Syirbini, Iqna’ fi Hal al-fazd Abu Syuja’ , Bayrut : Dar Fiqh J: 2 P : 465
(ÙالمتوÙÙ‰ عَنْهَا) Øرَّة كَانَت Ø£ÙŽÙˆ أمة (Ø¥ÙÙ† كَانَت ØَامÙلا) بÙولد يلْØÙ‚ الْمَيّÙت
(Ùعدتها بÙوَضْع الْØمل) Ø£ÙŽÙŠ انْÙÙصَال ÙƒÙله Øَتَّى ثَانÙÙŠ توأمين ÙˆÙŽÙ„ÙŽÙˆ بعد الْوَÙَاة
لقَوْله تَعَالَى {وَأولَات الْأَØْمَال أَجلهنَّ Ø£ÙŽÙ† يَضعن Øَملهنَّ} Ù‡ÙÙˆÙŽ Ù…Ùقَيّد لقَوْله تَعَالَى {وَالَّذين يتوÙون Ù…ÙنْكÙÙ… ويذرون أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بÙأَنْÙÙسÙÙ‡Ùنَّ أَرْبَعَة أشهر وَعشرا} وَلقَوْله صلى الله عَلَيْه٠وَسلم لسبيعة الأسْلَمÙيَّة وَقد وضعت بعد موت زَوجهَا بÙنصْ٠شهر قد Øللت ÙَانْكÙØÙÙŠ من Ø´Ùئْت Ù…ÙتَّÙÙ‚ عَلَيْهÙ
[4] Al-Khatib As-Syirbini, 1994, Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani al-Fazd al-Minhaj . Dar kitab Ilmiah (5/ 84)
[Ùَصْلٌ الْعÙدَّة بÙوَضْع٠الْØَمْلÙ]
(Ùَصْلٌ) ÙÙÙŠ الْعÙدَّة٠بÙوَضْع٠الْØَمْل٠(عÙدَّة٠الْØَامÙÙ„Ù) Ù…Ùنْ ØÙرَّة٠وَأَمَة٠عَنْ ÙÙرَاق٠Øَيّ٠أَوْ مَيّÙت٠بÙطَلَاق٠رَجْعÙيّ٠أَوْ بَائÙÙ†Ù (بÙوَضْعÙÙ‡Ù) أَيْ الْØَمْل٠لÙقَوْلÙه٠تَعَالَى: {ÙˆÙŽØ£Ùولات٠الأَØْمَال٠أَجَلÙÙ‡Ùنَّ أَنْ يَضَعْنَ ØَمْلَهÙنَّ} [الطلاق: 4]
sumber :https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/5384-irsyad-al-fatwa-siri-ke-715-tempoh-idah-wanita-mengandung-yang-kematian-suami
Date of Input: 11/08/2022 | Updated: 11/08/2022 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum