SOALAN
Assalammualaikum. Biasanya wang sumbangan dibuat majlis dengan penyampaian cek. Bukankah tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.
Ringkasan Jawapan:
Pembayaran zakat mahupun wang sumbangan untuk apa-apa projek infak yang diagihkan untuk pembangunan, kebajikan dan jihad dalam agama selayaknya diuar-uarkan kepada umum. Sementara itu, sedekah sunat bagi golongan si fakir miskin yang memerlukan bantuan kewangan lebih afdal diberikan secara sembunyi daripada menghebahkan agar memelihara sebarang aib dan maruah mereka. Adapun, sedekah secara terbuka dapat memberi galakkan kepada masyarakat, namun pada masa yang sama perlu menjaga niat kerana perkara tersebut dikhuatiri boleh menerbitkan perasaan riyak untuk menunjuk-nunjukkan sesuatu amalan. Walau bagaimanapun kedua-kedua cara sedekah tersebut mendapat pahala atas amalan jariahnnya.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat
Secara umumnya, sedekah merangkumi kategori fardu (zakat) dan sunat. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT.
Ø¥Ùنْ تÙبْدÙوا الصَّدَقَات٠ÙÙŽÙ†ÙعÙمَّا Ù‡ÙÙŠÙŽ ÙˆÙŽØ¥Ùنْ تÙخْÙÙوهَا وَتÙؤْتÙوهَا الْÙÙقَرَاءَ ÙÙŽÙ‡ÙÙˆÙŽ خَيْرٌ Ù„ÙŽÙƒÙمْ ÙˆÙŽÙŠÙÙƒÙŽÙÙ‘Ùر٠عَنْكÙمْ Ù…Ùنْ سَيّÙئَاتÙÙƒÙمْ وَاللَّه٠بÙمَا تَعْمَلÙونَ خَبÙيرٌ
Maksudnya: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
Surah al-Baqarah (271)
Potongan ayat (Ø¥Ùنْ تÙبْدÙوا الصَّدَقَاتÙ) , : “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu” merujuk kepada sedekah fardu. Sementara, potongan ayat (ÙˆÙŽØ¥Ùنْ تÙخْÙÙوهَا): “Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu” merujuk kepada sedekah sunat.
Para ulama tafsir bersepakat bahawa ayat ini berkaitan sedekah sunat dengan pemberian secara sembunyi lebih afdal daripada menguar-uarkan kepada umum. Begitu juga, tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksanakan amal ibadah sunat untuk menjauhi diri daripada timbul perasaan riyak. Namun, bagi sedekah wajib (zakat) lebih baik berikan secara terang-terangan berbanding sedekah sunat yang perlu diberikan secara sembunyi.
Seterusnya, mereka yang memberi sedekah sunat sebagai amalan tambahan, maka ia termasuk antara golongan yang mendapat naungan Allah SWT berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bersabda bahawa Rasulullah SAW bersabda
وَرَجÙÙ„ÙŒ تَصَدَّقَ بÙصَدَقَة٠ÙَأَخْÙَاهَا Øَتَّى لَا تَعْلَمَ Ø´ÙمَالÙه٠مَا تÙنْÙÙÙ‚Ù ÙŠÙŽÙ…ÙيْنÙÙ‡Ù
Maksudnya : “Dan seseorang yang bersedekah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya”.
Riwayat Bukhari 1423
Hadis ini menjelaskan tentang kelebihan bersedekah secara sembunyi. Ulama berpandangan sedekah sembunyi lebih baik untuk memelihara nilai keikhlasan dan menjauhi perasaan riyak. Sementara sedekah wajib iaitu zakat lebih baik di uar-uarkan kepada umum.
Walau bagaimanapun, amalan sedekah yang dilakukan sama ada secara sembunyi mahupun terang-terangan tetap akan mendapat ganjaran pahala asalkan menjaga niat daripada riyak. berdasarkan firman Allah SWT.
الَّذÙينَ ÙŠÙÙ†ÙÙÙ‚Ùونَ أَمْوَالَهÙÙ… بÙاللَّيْل٠وَالنَّهَار٠سÙرًّا وَعَلَانÙيَةً ÙÙŽÙ„ÙŽÙ‡Ùمْ أَجْرÙÙ‡Ùمْ عÙندَ رَبّÙÙ‡Ùمْ وَلَا خَوْÙÙŒ عَلَيْهÙمْ وَلَا Ù‡Ùمْ ÙŠÙŽØْزَنÙونَ
Maksudnya: “Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sembunyi atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. “
Surah al-Baqarah (274)
Menurut Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, kategori sedekah wajib, perbelanjaan kebajikan, infak kemaslahatan umum seperti pembinaan sekolah, hospital, perbelanjaan pada jalan agama, jihad, sedekah pada pertubuhan sukarelawan sewajarnya di uar-uarkan kepada umum dengan niat mengalakkan orang ramai turut bersedekah selain dapat menarik minat masyarakat. Manakala, sedekah kepada golongan fakir yang sangat berhajat memerlukan bantuan kewangan, maka lebih baik sedekah itu dilakukan secara sembunyi daripada pengentahuan umum tanpa diberikan secara terang-terangan. Hal ini dapat menutup keadaan aib fakir miskin dan memelihara maruah mereka.
Kelebihan amalan bersedekah adalah ganjaran pahala berterusan walaupun pemberi sedekah meninggal dunia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
Ø¥Ùذَا مَاتَ الإÙنْسَان٠انْقَطَعَ عَمَلÙه٠إÙلاَّ Ù…Ùنْ ثَلاَثَة٠مÙنْ صَدَقَة٠جَارÙيَة٠وَعÙلْم٠يÙنْتَÙَع٠بÙه٠وَوَلَد٠صَالÙØ٠يَدْعÙÙˆ Ù„ÙŽÙ‡Ù
Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan, terputuslah amalnya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”
Riwayat Muslim (1631)
PENUTUP
Berdasarkan perbahasan yang dikemukakan, amalan bersedekah mempunyai kelebihan dan ganjaran pahala sama ada pemberian secara sembunyi mahupun terang-terangan. Namun, pemberian secara terbuka mahupun sembunyi berdasarkan jenis sedekah tersebut. Sebagai contoh sedekah fardu mahupun sumbangan pembangunan untuk agama lebih baik diberikan secara terbuka untuk memberi galakkan kepada orang ramai. Sementara itu, sedekah sunat diberikan secara sembunyi kepda fakir miskin yang berhajat tanpa perlu menghebahkan kepada media sosial bagi menutup keadaan aib dan maruah mereka.
RUJUKAN
Abu Mansor al-Maturidi, Tafsir al-Maturidi ( Bayrut : Dar al-Kutub al-Imiyyah, 2005m ) 2/ 264
وقال غيرهم: (Ø¥Ùنْ تÙبْدÙوا الصَّدَقَاتÙ)ØŒ هي الÙريضة، (ÙˆÙŽØ¥Ùنْ تÙخْÙÙوهَا وَتÙؤْتÙوهَا الْÙÙقَرَاءَ) هي التطوع
al-Tabari. Abu Jaafar, Tafsir al-Tabari Jami’ al-Bayan An -Ta’wil Al-Quran (Dar al-Hajr, 2001m) 5/ 14
ÙŠÙŽÙ‚ÙولÙ: ÙˆÙŽØ¥Ùنْ تَسْتÙرÙوهَا Ùَلَمْ تÙعْلÙÙ†Ùوهَا {وَتÙؤْتÙوهَا الْÙÙقَرَاءَ} [البقرة: 271] يَعْنÙÙŠ: [ص:15] وَتÙعْطÙوهَا الْÙÙقَرَاءَ ÙÙÙŠ السّÙرّÙØŒ {ÙÙŽÙ‡ÙÙˆÙŽ خَيْرٌ Ù„ÙŽÙƒÙمْ} [البقرة: 271] ÙŠÙŽÙ‚ÙولÙ: ÙÙŽØ¥ÙخْÙَاؤÙÙƒÙمْ Ø¥Ùيَّاهَا خَيْرٌ Ù„ÙŽÙƒÙمْ Ù…Ùنْ Ø¥ÙعْلَانÙهَا، ÙˆÙŽØ°ÙŽÙ„ÙÙƒÙŽ ÙÙÙŠ صَدَقَة٠التَّطَوّÙعÙ
Al-Qurtubi. Syamsuddin. Tafsir al-Qurtubi al-Jami’ Li Ahkam al-Quran (Dar al-Kutub Misriyah: Al-Qaherah, 1964) 3/ 332
ذَهَبَ جÙمْهÙور٠الْمÙÙَسّÙرÙينَ Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‰ أَنَّ Ù‡ÙŽØ°Ùه٠الْآيَةَ ÙÙÙŠ صَدَقَة٠التَّطَوّÙعÙØŒ Ù„Ùأَنَّ الْإÙخْÙَاءَ ÙÙيهَا Ø£ÙŽÙْضَل٠مÙÙ†ÙŽ الْإÙظْهَارÙØŒ ÙˆÙŽÙƒÙŽØ°ÙŽÙ„ÙÙƒÙŽ سَائÙر٠الْعÙبَادَات٠الْإÙخْÙَاء٠أَÙْضَل٠ÙÙÙŠ تَطَوّÙعÙهَا Ù„ÙانْتÙÙَاء٠الرّÙيَاء٠عَنْهَا، وَلَيْسَ ÙƒÙŽØ°ÙŽÙ„ÙÙƒÙŽ الْوَاجÙبَاتÙ. قَالَ الْØَسَنÙ: Ø¥Ùظْهَار٠الزَّكَاة٠أَØْسَنÙØŒ ÙˆÙŽØ¥ÙخْÙَاء٠التَّطَوّÙع٠أَÙْضَلÙØŒ Ù„Ùأَنَّه٠أَدَلّ٠عَلَى أَنَّه٠يÙرَاد٠اللَّه٠عَزَّ وَجَلَّ بÙÙ‡Ù ÙˆÙŽØْدَهÙ.
Al-Nawawi. Abu Zakariyya Mahya ad-Din. Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim (Bayrut : Dar Ihya’ At-Turath al-‘Arabi, 1392) 7/ 122
هَذَا الْØَدÙيث٠Ùَضْل٠صَدَقَة٠السّÙرّ٠قَالَ الْعÙلَمَاء٠وَهَذَا ÙÙÙŠ صَدَقَة٠التَّطَوّÙع٠ÙَالسّÙرّ٠ÙÙيهَا Ø£ÙŽÙْضَل٠لÙأَنَّه٠أَقْرَب٠إÙÙ„ÙŽÙ‰ الْإÙخْلَاص٠وَأَبْعَد٠مÙÙ†ÙŽ الرّÙيَاء٠وَأَمَّا الزَّكَاة٠الْوَاجÙبَة٠ÙÙŽØ¥ÙعْلَانÙهَا Ø£ÙŽÙْضَل٠وَهَكَذَا ØÙكْم٠الصَّلَاة٠ÙÙŽØ¥Ùعْلَان٠ÙَرَائÙضÙهَا Ø£ÙŽÙْضَل٠وَإÙسْرَار٠نَوَاÙÙÙ„Ùهَا
Wahbah Az-Zuhailiy. Tafsir al-Wasith Li Zuhailiy (Dar al-Fikr al- Ma’asir, 1422 h) 1/ 159
ثم سوّى القرآن الكريم بين صدقة السر وصدقة العلانية ÙÙŠ الأجر والثواب، Ùقال الله تعالى:
Wahbah Az-Zuhailiy. Tafsir Munir fi al-Aqidah Wa al-Akidah wa Manhaj (Damsyik: Dar al-Fikr al- Ma’asir, 1418 h) 3/ 71
والخلاصة: إن الصدقة الواجبة، والإنÙاق ÙÙŠ Ø§Ù„Ù…ØµØ§Ù„Ø Ø§Ù„Ø¹Ø§Ù…Ø© كبناء المدارس والمشاÙÙŠ والدعوة إلى الدين والجهاد، ونÙقة التطوع بقصد ترغيب الآخرين ÙÙŠ التصدق ينبغي إعلانها، وهو Ø£Ùضل من الإخÙاء. وأما الصدقة على الÙقراء لسد Øاجاتهم Ùإسرارها Ø£Ùضل من إعلانها، سترا Ù„Øالهم ÙˆØÙظا لكرامتهم.
Date of Input: 24/07/2023 | Updated: 06/02/2024 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum