| UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
list of latest announcement
🕌🗄 ð†ð„𝐑𝐎𝐁𝐎𝐊 𝐑𝐄𝐙𝐄𝐊𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 ðŸ—„🕌
Gerobok rezeki ini bertujuan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan keperluan asas makanan.
Gerobok ini berada di foyer hadapan Masjid UPM.
"𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨, 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨"
𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐎𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀
Anda ingin salurkan sumbangan?
🏧SUMBANGAN SECARA KEWANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN : 𝐂𝐈𝐌𝐁 𝐁𝐀𝐍𝐊- 𝟖𝟔𝟎𝟑 𝟖𝟑 𝟐𝟐𝟔𝟏 (𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐔𝐏𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆)
RUJUKAN : 𝐆𝐄𝐑𝐎𝐁𝐎𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐔𝐏𝐌
Sebarang pertanyaan :
Sila hubungi Ustaz Muhammad Norhisyam
di talian 011- 9771583

Assalamualaikum warahmatullah,

 

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

SUMBANGAN KEPADA TABUNG MASJID UPM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN

 

Didoakan semoga YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dianugerahkan kesihatan yang baik dan di bawah pimpinan taufiq serta hidayah Allah s.w.t

 

Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin menjemput dan membuka peluang kepada para dermawan dalam kalangan pegawai UPM untuk turut menyumbang kepada Tabung Masjid UPM melalui potongan gaji bulanan dengan mengisi borang seperti yang disertakan, atau mengisi terus maklumat menerusi link google form berikut: https://forms.gle/K4MTpqg9XiAxQd2x6

 

Sumbangan melalui potongan gaji ini merupakan salah satu kaedah sumbangan/derma yang telah dibuat oleh sebahagian dermawan dalam kalangan pegawai UPM bagi tujuan pengimarahan Masjid UPM. Sehingga kini terdapat seramai lapan puluh dua (82) orang dermawan dalam kalangan staf/pegawai UPM yang memberi sumbangan melalui potongan gaji bulanan untuk Masjid UPM.

 

Moga sumbangan YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk Masjid UPM ini menjadi amal jariah yang memperoleh keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohd Irwan bin Redzwan ditalian 03 97693627

Sekian, terima kasih.

 

ALZASHA ILLIYYIN BIN ZAINAL ALAM

Pusat Islam Universiti,

Universiti Putra Malaysia

 

MUAT TURUN BORANG SUMBANGAN 

BORANG PERMOHONAN KHIDMAT BACAAN DOA (Klik)

borang boleh diserah melalui :

  1. Pengantaran terus ke pejabat PUSAT ISLAM UPM
  2. Emailkan ke : piu_staf@upm.edu.my

🔊 JOM SERTAI SEKARANG
🕌 PROGRAM KORBAN MASJID UPM 2023/1444H
Anjuran Pusat Islam UPM bersama Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Qaryah Serdang (UPM)
~~~~~~
KORBAN LEMBU
satu bahagian RM850 sahaja

🗓 29 Jun 2023, Hari Khamis
⌚ 9.00 pagi - 4.00 petang
📌 Masjid Universiti Putra Malaysia

Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui perbankan internet ke Akaun berikut
⏩ 8603-83-2261 (AKAUN MASJID JAMEK QARYAH SERDANG)

Borang penyertaan boleh didapati di pejabat Am Pusat Islam Universiti, UPM atau di lampiran yang disertakan atau membuat pendaftaran melalui google form melalui link yang disertakan.

Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi
📞 Ustaz Hisyam - 0132938075

 

IKLAN PENGISIAN JAWATAN DI PUSAT ISLAM UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

Pusat Islam Universiti (PIU) , UPM ingin mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan / Gred       :         Pegawai Eksekutif 5 (PE 5)

Kumpulan               :         Pelaksana

Klasifikasi               :         Perkhidmatan Sokongan

Taraf Jawatan         :         Kontrak

Imbuhan Bulanan    :         RM 1,800.00

                                        (termasuk caruman KWSP dan PERKESO)

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus Lisan atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

 KEUTAMAAN

  1. berpengalaman di dalam tugas-tugas sokongan aspek teknikal di bangunan dan aspek mekanikal
  2. Berupaya menjalankan tugas-tugas am yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan masjid
  3. Berupaya melaksanakan penyelenggaraan landskap secara berkala
  4. Boleh bekerja dengan arahan dan pengawasan yang minimum.

 

CARA MOHON

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borangn Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02) dan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan salinan sijil-sijil yang berkaitan dan curriculum vitae (CV) terkini.
  • Borang yang telah lengkap dan disahkan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

 

Unit Pentadbiran

Seksyen Tadbir Urus

Pusat Islam Universiti

43400 UPM Serdang

(UP : Puan Mastura Abdul Kadir)

 

  • Tarikh tutup permohonan : 22 Januari 2024 (Isnin)
  • Hanya calon yang layak dan di senarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga
  • Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh masa dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

 

 

 

Petaling District Assistant Marriage Registrar
 
Marriage counselor for Universiti Putra Malaysia Mosque
 
𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐇𝐣 𝐀𝐳𝐢𝐳𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐝. 𝐀𝐭𝐚𝐧
𝟎𝟏𝟐𝟑𝟔𝟓𝟐𝟔𝟔𝟕
 
📢 Applicants are required to fill out the "Marriage Permission Application" form online at the website: www.sppim.gov.my

GUIDANCE AND ADVISORY SERVICES ISLAMIC UNIVERSITY CENTER, UPM

Assalamualaikum Warahmatullhiwabarakatuh

Be informed that the University Islamic Center, UPM provides guidance and spiritual counseling services through appointment sessions. Those who want to get this service can SCAN the QR CODE for an appointment on the attached poster or click on the link below:

https://forms.gle/SxXNDPu1fG6BPDgz9

Advisory Service Category :

✅ Marriage Advice Service
✅ Family Advice Service
✅ Legal Complexity
✅ Communication Problems
✅ Self Motivation
✅ Other Categories of Advice Services

 

The Islamic Center of the University, Universiti Putra Malaysia (UPM) would like to invite and open opportunities for philanthropists among UPM employees to also contribute to the UPM Mosque Fund through monthly salary deductions by filling out the form as enclosed, or fill in the information directly through the following google form link:
 
https://forms.gle/K4MTpqg9XiAxQd2x6
 
This contribution through salary deduction is one of the methods of donation/donation that has been made by some philanthropists among UPM officers for the purpose of endowment of the UPM Mosque.
May the contribution of YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato'Seri / Dato' / Datin / Sir / Madam for this UPM Mosque to be a charitable charity that obtains blessings and mercy from Allah swt
Any questions please contact Mr Mohd Irwan bin Redzwan on 03 97693627
 
Thank you.


UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEXQAl~