KUALA LUMPUR – Seramai 2,500 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil bahagian untuk membaca surah Al-Fatihah selama 10 hari dalam program untuk melancarkan bacaan surah Al-Fatihah dengan sempurna baru-baru ini.
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, Nuruliman Ibrahim berkata, program kerohanian yang diberi Tahsin Al-Fatihah itu telah membentuk 50 kumpulan yang membaca Al-Fatihah di mana setiap kumpulan terdiri daripada 50
”Tujuan program ini ialah untuk memastikan bacaan surah Al-Fatihah yang merupakan Ummul Kitab dibaca dengan lebih sempurna tajwid selain meningkatkan kefahaman makna dan bacaan,” katanya.
Beliau berkata kolej-kolej kediaman UPM telah memberi sokongan dengan menghantar penyertaan ramai pelajar menyertai program itu yang dianjurkan oleh BHEP dengan kerjasama Pusat Islam UPM, Kolej Kediaman UPM dan Geng Ngaji Global.
Date of Input: 14/04/2022 | Updated: 14/04/2022 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum