Alhamdulillah, Projek Dapur Rezeki UPM anjuran bersama WAZAN, Pusat Islam Universiti dan Sahabat Masjid UPM dapat direalisasikan dengan baik. Kerjasama yang padu daripada staf, pelajar dan ahli kariah telah mencapai matlamat Masjid untuk melihat masjid sebagai pusat perkhidmatan pembangunan ummah yang sentiasa relevan melalui aktiviti pengimarahan masjid dan kesejahteraan komuniti. Program diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM. Sebanyak 300 pack yang disediakan untuk mangsa banjir dan petugas pembersihan. Lokasi penyerahan makanan adalah di Masjid Kg Seri Aman Puchong, Kampung Baru Lanjut Sepang dan Masjid Al Faizin Shah Alam. Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban mereka yang terlibat dengan musibah banjir.
Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”. (Hadis Riwayat Muslim)
Date of Input: 28/12/2021 |
Updated: 28/12/2021 | fahmi_mukhid
MEDIA SHARING