Kembara Anak Soleh Masjid UPM Tarik Minat Anak-anak Mempelajari Asas Fardhu Ain | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Kembara Anak Soleh Masjid UPM tarik minat anak-anak mempelajari asas fardhu ain

Kembara Anak Soleh Masjid UPM tarik minat anak-anak mempelajari asas fardhu ain

Serdang, 20 Februari - Program Kembara Anak Soleh Masjid UPM telah selesai dengan jayanya. Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam Universiti, UPM dengan kerjasama Kelab Kebajikan, Sosial dan Rekreasi, Pusat Islam, WAZAN UPM dan Jawatankuasa Kariah Masjid UPM Serdang yang di anjurkan selama 2 hari bermula 14 Februari dan berakhir pada 15 Februari 2024 yang lalu.
Program ini adalah khusus kepada anak-anak staf UPM dan anak-anak sekitar kariah Serdang yang berumur antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Seramai lebih 100 orang peserta yang berdaftar untuk menghadiri program ini. Peserta turut disediakan sarapan pagi dan makan tengahari oleh urusetia sepanjang program berjalan.
 
Sepanjang program dijalankan, peserta dibimbing oleh Ustaz Mohd Norhisyam Nordin, dan diselia oleh fasilitator-fasilitator dari Persatuan Mahasiswa Islam UPM dan Rakan Siswa Yadim.
 
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2 hari antaranya pengenalan kepada asas toharah dan wuduk, pengenalan umum solat, hafalan surah-surah pilihan dan latihan yang dilakukan secara berkumpulan.
Dengan adanya program sebegini peserta dapat bina hubungan yang erat dengan rakan sebaya melalui aktiviti berkumpulan dan dapat meningkatkan prestasi solat dan pengetahuan agama serta mendekatkan hubungan diri dengan Allah.
 
Majlis penutup Program Kembara Anak Soleh Masjid UPM disempurnakan oleh Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim.

Date of Input: 20/02/2024 | Updated: 20/02/2024 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEbNAz~