UPM Serdang, 24 November -
Pusat Islam Universiti, UPM bersama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM, telah mengadakan taklimat dan latihan pencegahan kebakaran melibatkan kawasan Pusat Islam Universiti, WAZAN UPM dan sekitar yang terlibat.
Latihan pencegahan kebakaran kali ini juga turut melibatkan Pejabat Masjid Qaryah Serdang (UPM) dan beberapa orang awam.
Latihan pencegahan kebakaran yang dikendalikan oleh beberapa orang pegawai Pusat Islam dan WAZAN UPM dan di selia oleh Encik Hasmi bin Sulaiman,Penyelaras Latihan Kebakaran UPM bagi latihan menyelamat dan latihan mencegah kebakaran. Semua aktiviti ini dijalankan di Tempat Berkumpul (AP2) Masjid UPM.
Semoga latihan pencegahan kebakaran pada kali ini dapat memberi input yang sangat berguna kepada semua warga
Pusat Islam Universiti, UPM dan WAZAN UPM.
Date of Input: 24/11/2022 |
Updated: 24/11/2022 | asmunir
MEDIA SHARING