KUANTAN, 2 Jun - Ahli pengurusan Pusat Islam UPM yang diketuai oleh Pengarah Pusat Islam UPM, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim, Penolong Pendaftar (Hal Ehwal Islam), Ustaz Mohamad Alif Mursyid Husry dan Pembantu Hal Ehwal Islam, Ustaz Mohamad Aiman Ahmad Zahidi telah ke Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan sebagai lawatan mahabbah ke Negeri Pahang. Kehadiran delegasi disambut oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad ‘Izzan bin Idris al-Hafiz, Imam 1 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 bersama pegawai-pegawai dari Masjid Negeri.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan Hal Ehwal Pengurusan Masjid. Pihak Masjid Negeri berkongsi maklumat serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Masjid Negeri Pahang dari segi program-program yang telah berlangsung, sedang berlangsung dan yang akan berjalan. Semua ini bertujuan menarik minat serta hati jamaah tertarik dengan masjid hatta menjadikan masjid sebagai One Stop Centre.
Setelah sesi berkongsi idea, para delegasi dibawa melawat sekitar masjid melihat fasiliti yang terdapat di Masjid Negeri
Semoga lawatan ini dapat mewujudkan kerjasama dua belah pihak demi pembangunan Ummah dengan mengimarahkan institusi Agama terutamanya Masjid.
Date of Input: 05/06/2023 |
Updated: 05/06/2023 | asmunir
MEDIA SHARING