SERDANG, 15 November- Masjid Universiti Putra Malaysia menerima lawatan seramai 11 orang daripada Kajang Waldorf Inspired Care Centre terdiri dari 2 orang guru dan 9 orang pelajar non muslim.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar tahun 6 untuk melihat sendiri dan mencari pengalaman tentang agama Islam, fungsi masjid dan aktiviti di Masjid UPM.
Subjek tamadun Islam merupakan subjek yang di pelajari oleh pelajar-pelajar ini.
Pelajar dan guru diberi penerangan yang di sampaikan oleh Cik Nur Aqilla Husna Mohamad Azmi sebelum dibawa melihat sekitar kawasan Masjid UPM.
Turut bersama Ustaz Muhammad Haikal Rosly, Pembantu Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM merangkap Bilal Masjid UPM.
Date of Input: 15/11/2023 |
Updated: 15/11/2023 | asmunir
MEDIA SHARING