Seri Iskandar, 13 September - Pusat Islam Universiti,UPM telah menyertai Mesyuarat Pengarah Pusat Islam Jawatankuasa Hal Ehwal Islam IPT dan Seminar Amil Zakat IPT anjuran Pusat Islam Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan JAHIENS pada 11-12 September 2023 di Universiti Teknologi Petronas, Perak.
Mewakili Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim dan Pembantu Hal Ehwal Islam (Kanan), Ustaz Mohd Firdaus Abd Rashid telah menyertai program tersebut.
Dalam mesyuarat tersebut adalah melibatkan Pengarah-pengarah Pusat Islam IPTA/IPTS dan pegawai hal ehwal Islam di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia membincangkan garis panduan hiburan di IPT seluruh Malaysia.
Date of Input: 14/09/2023 |
Updated: 14/09/2023 | asmunir
MEDIA SHARING