Masjid UPM Serdang, 29 Oktober - Program Kitar Semula dan Gotong Royong Masjid UPM 2022 anjuran Pusat Islam Universiti,UPM dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Qaryah Serdang (UPM), Sahabat Masjid UPM,Persatuan Mahasiswa Islam UPM, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan beberapa agensi telah terlibat bagi menjayakan program ini.
Program ini melibatkan aktiviti gotong royong sekitar Masjid UPM antaranya laman dapur masjid UPM,ruang wuduk lelaki, ruang wuduk perempuan dan juga sekitar luar kawasan masjid. Aktiviti kitar semula barangan terpakai seperti kertas, plastik, aluminium dan minyak masak bertempat di ruang luar hadapan masjid. Program ini melibatkan pelajar ,staf, para sukarelawan dan juga jemaah sekitar Masjid UPM.
Terdapat juga sesi perkongsian yang di sampaikan oleh pihak MTDC dan Ideasparq Robotics bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, Pusat Islam UPM. Para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPM berpeluang menambah ilmu pengetahuan mereka berkenaan robotik & IoT. Mereka juga dapat menyaksikan unit robotik dari Ideasparq (autonomous floor scrubber) mencuci ruangan wuduk jemaah lelaki.
Program ini di hadiri oleh Pengarah Pusat Islam Universiti, Encik Zuhaimi bin Abdul Rahim dan juga Pn. Mariamah Hj Daud, Pengarah Bahagian Khidmat Korporat, MTDC bagi bersama-sama menjayakan program yang di jalankan.
Date of Input: 01/11/2022 |
Updated: 01/11/2022 | asmunir
MEDIA SHARING