TUANKU CANSELOR UPM SERAH SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA PELAJAR UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » TUANKU CANSELOR UPM SERAH SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA PELAJAR UPM

TUANKU CANSELOR UPM SERAH SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA PELAJAR UPM

SERDANG, 15 Mac - Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim, muallaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan asnaf yang terdiri daripada 30 pelajar UPM.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti sekitar di Masjid UPM.
 
Baginda berkenan menerima sumbangan Wakaf Ilmu UPM berjumlah RM 1,979,972.82 yang terdiri daripada orang perseorangan, rakan korporat UPM dan juga staf serta pelajar universiti.
 
Wakaf Ilmu UPM diwujudkan sejak tahun 2012 bagi memenuhi keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik, bantuan kewangan, penyelidikan, pembangunan fasiliti serta penjanaan bagi warga UPM.
 
Sultan Sharafuddin kemudiannya berkenaan menerima Dana Zakat RM8,169,673.67 yang dipersembahkan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Projek Dana Wakaf Ilmu UPM, RM1,250,000.00 yang dipersembahkan oleh Pendaftar, Muhazam Mansor.
 
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM158,177.00 daripada UPM Holdings Sdn. Bhd. (RM100,000.00), Koperasi UPM Berhad (RM28,177.00) TMJ Mesra Travel & Tours Sdn. Bhd. (RM30,000.00).
 
Dalam pada itu, Tabung Haji turut memberi Sumbangan Dana Wakaf Ambulan berjumlah RM400,000.00 kepada Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM dan Sumbangan Korporat Pharmaniaga Berhad berjumlah RM35,000.00

Date of Input: 18/03/2024 | Updated: 18/03/2024 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEbPAX~