Sekitar Majlis UPM Bermunajat sempena 50 tahun penubuhan UPM sebagai sebuah universiti yang diadakan pada 25 Mac 2021 yang lalu bertempat di Masjid UPM yang dianjurkan oleh Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM. Program ini telah dihadiri oleh Ahli Pengurusan Universiti, Dekan-dekan, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai UPM dan para mahasiswa serta ahli kariah Masjid.
Program ini bermula dengan solat maghrib berjemaaah, solat hajat, diikuti dengan ucapan daripada Yang Berbahagia Prof Dato' Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Kemudian diteruskan dengan bacaan surah Yasin, doa munajat dan diakhiri dengan solat Isyak.
Semoga Universiti Putra Malaysia sentiasa cemerlang, berdaya saing, efisien dan diberkati oleh Allah S.W.T. Warga UPM dijauhkan daripada segala jenis wabak dan juga bencana.
Date of Input: 06/04/2021 |
Updated: 06/04/2021 | fahmi_mukhid
MEDIA SHARING