Halaqah Ilmiah : Fiqh Darah | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» ARCHIVE COLLECTION » Halaqah Ilmiah » Halaqah Ilmiah : Fiqh Darah

Halaqah Ilmiah : Fiqh Darah

Pusat Islam Universiti dibawah Seksyen Pendidikan dan Bimbingan menganjurkan Seminar berbentuk Halaqah Fiqh thaharah khususnya berkaitan permasalahan darah wanita sering menjadi perbahasan para ulama’ sehingga kini. Kekeliruan dalam permasalahan ini timbul berikutan ketidakfahaman masyarakat terhadap hukum hakam berkaitan. Usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya wanita perlu dilakukan kerana ia sangat berkait rapat dengan kesempurnaan pelaksanaan ibadah. Objektif Halaqah  adalah untuk mengenal pasti kefahaman masyarakat berkaitan jenis darah wanita khususnya permasalahan haid dan istihadhah serta pengiraan tempoh suci dan tempoh haid mengikut pandangan Islam. Hasil kajian menunjukkan terdapat masyarakat yang masih keliru untuk membezakan antara darah haid dan istihadhah. Mereka juga tidak memahami kaedah pengiraan tempoh suci dan tempoh haid. Keadaan ini telah menjejaskan tahap keyakinan mereka dalam menunaikan ibadah. Susulan daripada dapatan kajian ini, penyelidik mencadangkan beberapa tindakan untuk membantu meningkatkan kefahaman terhadap permasalahan darah wanita.

Isu permasalahan fiqh thaharah khususnya berkaitan darah-darah wanita sering dibahaskan oleh pelbagai ulama’ Islam dahulu dan kini. Ini berikutan ketidakfahaman dan kekeliruan di kalangan kaum wanita yang sering timbul khususnya berkaitan haid, nifas dan istihadah. Permasalahan ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja perempuan di peringkat sekolah dan universiti tetapi juga melibatkan masyarakat awam. Pelbagai pihak perlu berusaha membantu memberi kefahaman yang terbaik kepada masyarakat.

Updated:: 08/10/2019 [fahmi_mukhid]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXFDUAo~