Solat merupakan satu ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam sebagai bukti kehambaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Solat menurut bahasa adalah doa.
Manakala solat menurut perspektif syarak adalah bacaan dan perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan mengangkat takbir dan diakhiri dengan salam. Terdapat sekian banyak ayat-ayat al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi SAW tentang pensyariatan solat. Antara dalil pensyariatan solat berdasarkan al-Quran adalah seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43:
ÙˆÙŽØ£ÙŽÙ‚ÙيمÙوا الصَّلَاةَ وَآتÙوا الزَّكَاةَ وَارْكَعÙوا مَعَ الرَّاكÙعÙينَ
Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Begitu juga firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 78:
ÙÙŽØ£ÙŽÙ‚ÙيمÙوا الصَّلَاةَ وَآتÙوا الزَّكَاةَ
Maksudnya: Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat
Manakala hadis-hadis yang menerangkan pensyariatan solat adalah seperti hadis daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
بÙÙ†ÙÙŠÙŽ الْإÙسْلَام٠عَلَى خَمْسÙ: شَهَادَة٠أَنْ لَا Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‡ÙŽ Ø¥Ùلَّا اللهَ وَأَنَّ Ù…ÙØَمَّداً رَسÙولٌ اللهÙØŒ ÙˆÙŽØ¥Ùقَام٠الصَّلَاةÙØŒ ÙˆÙŽØ¥Ùيتَاء٠الزَّكَاةÙØŒ ÙˆÙŽØَجّ٠الْبَيْتÙØŒ وَصَوم٠رَمَضَانَ
Maksudnya: Islam telah terbina atas lima perkara, penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan.
[HR : Bukhari & Muslim]
Hadis ini secara jelas menyatakan Islam itu terdiri atas lima perkara. Lima perkara yang disebutkan dalam hadis ini merupakan lima rukun Islam yang wajib kita patuhi. Imam al-Nawawi dalam Sharah Sahih Muslim mengatakan bahawa “hadis ini merupakan asas yang sangat agung untuk mengenali agama dan kepercayaan kepada lima perkara ini serta terhimpun lima perkara ini sebagai rukun Islam”. Lima rukun Islam yang dinyatakan dalam hadis ibarat sebagai sebuah tonggak kepada agama Islam itu sendiri.
Menurut Ibnu Rajab al-Hanbali dalam Jami’ al-Ulum Wa al-Hikam, Islam terbina atas lima perkara ini yang diibaratkan seperti rukun-rukun dan tonggak-tonggak terhadap binaan Islam itu sendiri. Jadi jelas kepada kita bahawa umat Islam wajib untuk berpegang dan mempercayai kelima-lima rukun Islam ini. Tambahan pula salah satu daripada rukun tersebut adalah solat.
Tiang Agama