UPM Serdang, 18 APRIL - Pusat Islam Universiti, UPM bersama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM, telah mengadakan taklimat dan latihan pencegahan kebakaran bagi tahun 2024 yang bertempat di tempat berkumpul (AP2) Masjid UPM.
Latihan ini diadakan di Bangunan Pusat Islam Universiti,UPM dan WAZAN UPM yang diketuai oleh Encik Nazaruddin bin Ramli daripada Pusat Islam. Latihan ini diseliakan oleh Encik Hasmi bin Sulaiman, Penyelaras Latihan Kebakaran UPM. Satu jentera kecemasan dari pada Unit Bantu Mula UPM turut terlibat dalam latihan pencegahan kebakaran ini.
Latihan dimulakan dengan sesi taklimat latihan kebakaran 'fire drill' oleh penyelaras latihan kebakaran kepada yang terlibat berkenaan senario bencana kebakaran yang terjadi di bangunan Pusat Islam dan bagaimana para penghuni harus keluar dari bangunan dengan kadar yang cepat dan selamat serta memastikan di mana 'Assembly Point' untuk mereka berkumpul sekiranya berlaku sebarang situasi bencana kebakaran.
Latihan 'Fire Drill' dijalankan sebanyak (1) kali setahun dan bagi tahun 2024, latihan ini tanpa menggunakan mangsa. Tempoh masa dicatat bagi setiap latihan untuk tujuan rekod.
Tarikh Input: 22/04/2024 |
Kemaskini: 22/04/2024 | asmunir
PERKONGSIAN MEDIA