Director's Message | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» ABOUT US » Director's Office » Director's Message

Director's Message

  

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang rasmi Pusat Islam Universiti UPM. Menerusi kewujudan laman sesawang ini, proses penyampaian maklumat kini menjadi lebih mudah  sekaligus memastikan mesej penting dapat disalurkan kepada masyarakat dengan lebih meluas dan berkesan.

Dalam merentasi perkembangan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, Institusi Masjid & Pusat Islam merupakan pusat kawalan penting dalam usaha membentuk khayra ummah.  Di mana kedua-dua institusi ini perlu dijana dan diupayakan pada tahap paling maksimum agar menjadi latar yang benar dalam pembetukan negara bangsa.

 Fokus utama Pusat Islam Universiti UPM  adalah untuk menjadikan masjid sebagai zon aman untuk beribadah dan mengadakan aktiviti membangun ummah. Adalah menjadi harapan saya untuk mengoptimumkan fungsi masjid sebagai pusat percambahan ilmu pengetahuan dengan tujuan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-quran dan as-sunnnah selain melahirkan masjid sebagai institusi mesra jemaah untuk mengetengahkan konsep rahmah di persekitaran masjid.  Justeru itu, AJK Pusat Islam Universiti akan terus berusaha mempelbagaikan lagi program-program pengimarahan dan kegiatan masjid bagi mengekalkan perhubungan antara pihak masjid dengan masyarakat luar dan memastikan Institusi Masjid berada dalam keadaan baik dan selesa untuk umat Islam beribadat.

 

Oleh itu, bagi memungkinkan untuk menelusuri dan memenuhi objekti ini, saya sandarkan beberapa pelan strategik untuk membuktikan bahawa wujudnya usaha secara kolektif untuk merealisasikan agenda ini. Antaranya, pemantapan rakan strategi, pemantapan kepada kemudahan infrastruktur masjid dan pemantapan dari segi urus tadbir dan keceriaan. Dengan adanya pelan-pelan strategik ini akan lebih mudah diterjemahkan secara konkrit dalam tindakan-tindakan yang dirancang. Perancangan ini jelas mencerminkan usaha ke arah merealisasikan transformasi ummah yang menginginkan kecemerlangan ditingkatkan. Sejajar dengan tuntutan ini perlaksanaan dan penambahbaikan perlu diberi penekanan khusus dalam pelan strategik.

Akhir kata, saya sangat berharap dan berdoa agar sentiasa di bawah rahmat dan keampunanNya dalam memberi kelangsungan yang saya cita-citakan ini. Bersama- sama  saya berkarya, berfikir dan bertindak keras memartabatkan agama Islam, organisasi Islam dan institusi Islam ke arah melahirkan insan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

 

Wabillahi-taufiq Walhidayah.

 

Salam hormat dari saya.

 

Zuhaimi Abdul Rahim A.M.P.

Pengarah Pusat Islam Universiti

Universiti Putra Malaysia.

Updated:: 05/01/2024 [asmunir]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXFDQAG~