Functional Scope & Job Description | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» ABOUT US » Director's Office » Functional Scope & Job Description

Functional Scope & Job Description

...sedang dikemaskini...

FUNGSI UTAMA PIU UPM

  • Merancang dan melaksana aktiviti kecemerlangan sahsiah dan modal insan dengan mengambil kira perkembangan intelek, emosi, fizikal dan spiritual.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan kerohanian dengan menjana pemerkasaan aqidah, ibadah dan akhlak bagi melahirkan generasi Khairul Ummah dan merealisasikan insan yang bercirikan Ahsan Al-Taqwim.
  • Menawarkan perkhidmatan kerohanian dan keagamaan yang menerobos halangan-halangan di samping memantapkan iman, takwa dan ehsan sesuai dengan perkembangan zaman dalam era globalisasi dan ICT.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti penghayatan Islam yang menjurus kepada pembentukan sebuah masyarakat dan peradaban yang unggul sesuai dengan ajaran Islam yang syumul dan kamil.
  • Mengintegrasikan ilmu, kemahiran, iman dan amal secara bersepadu demi percambahan dan penyebaran ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah bagi melahirkan insan bermentaliti kelas pertama dan berpersonaliti unggul serta berakhlak mulia.
  • Memberikan kerjasama penuh kepada pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) dalam UPM, agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pelanggan dalam hal ehwal Islam dan seumpamanya demi masa depan Islam dan umat Islam.

 

FUNGSI UTAMA UNIT TADBIR URUS

Fungsi unit tadbir urus  adalah menguruskan berkaitan sumber manusia, pelantikan staf (kontrak & Sambilan), tatatertib staf, kewangan dan perolehan, dokumentasi dan rekod, urus tadbir peralatan aset harta modal dan mudah alih serta penyelenggaraan.Seksyen ini memberi fokus kepada tumpuan berikut:

 

A) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  1. Terlibat dalam pembangunan pelan perjawatan staf termasuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Kumpulan Pelaksana.
  2. Mengurus dan mengendalikan proses pengambilan staf tetap/kontrak baharu bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. 
  3. Mengurus dan mengendalikan pelantikan semula staf kontrak bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
  4. Menguruskan pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH).
  5. Menguruskan proses lapor diri staf baharu.
  6. Menyelaras urusan penamatan perkhidmatan/perletakkan jawatan (tetap/kontrak).
  7. Menguruskan hal-hal disiplin dan tatertib staf selaras dengan kehendak AKta 605 Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj 2000).
  8. Menguruskan hal ehwal pengisytiharan harta staf.
  9. Mengurus dan memantau proses yang berkaitan dengan urusan Cuti Dalam Perkhidmatan yang melibatkan 4 jenis iaitu Cuti kerana Perkhidmatan, Cuti Atas Sebab Perubatan, Cuti Tidak Berekod dan Cuti Lain-lain.
 
B) DOKUMENTASI DAN REKOD
  1. Bertanggungjawab membuat semua surat terbuka dan merekod dalam buku daftar serta memasukkan surat terbuka ke dalam fail berkenaan dan mengemaskinikannya.
  2. Menjaga, menyusun dan mengemaskini semua pekeliling-pekeliling dan pengedarannya kepada pegawai serta memasukkan kedalam fail berkaitan.
  3. Menyelenggara pergerakan fail-fail.
  4. Mengendalikan buku daftar penghantaran (despatch book) pengiriman terperingkat dan terbuka serta buku daftar surat rahsia rasmi.
  5. Menyusun semua fail-fail dalam bilik fail dan menyemak kad pergerakan fail yang ada dalam simpanan pegawai-pegawai.
  6. Bertanggungjawab mengurus dan menyelia rekod-rekod cuti dan perkhidmatan pegawai/staf dan mengemaskini bagi tujuan perekodan.
  7. Mengemaskini kad perakam waktu bulanan & membuat penyeliaan terhadap staf yang direkodkan datang lewat dan sebagainya.
  8. Mendaftar, membuka, mengasingkan surat-surat/ fail-fail terperingkat dan bukan terperingkat serta memberi nombor baru.
  9. Menyelenggara rekod pergerakan fail , memindah kandungan , menyalin minit dan membuat cabutan dimana perlu sebagaimana diarah dan mengganti kulit-kulit fail yang koyak atau lama.
  10. Membantu dan berbincang dengan pegawai tentang menentukan tajuk-tajuk dikulit fail semasa, membuka fail baru dan membuat senarai fail baru dibuka dan terkini untuk makluman pegawai.
  11. Merancang, mengurus dan menyelaras penggunaan klasifikasi fail.
  12. Merancang, mengurus dan menyelaras pelupusan fail.

Updated:: 14/01/2024 [asmunir]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXFDRAW~