Bengkel Pengurusan Jenazah | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» SERVICES & FACILITIES » Pengurusan Kursus, Bengkel dan Seminar » Bengkel Pengurusan Jenazah

Bengkel Pengurusan Jenazah

  1. Latar Belakang

    Modal insan merupakan perkara yang amat perlu diberi perhatian dalam pembangunan sesebuah negara. Kehancuran modal insan merupakan petanda keruntuhan sesebuah negara bangsa. Sehubungan itu, modal insan perlu dibangunkan serta dimantapkan supaya ia mampu menjadi agen dalam membangunkan negara untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Pembagunan modal insan tidak boleh lari dari memenuhi keperluan aspek jasmani dan rohani. Dua aspek ini perlu dimantapkan secara seimbang supaya melahirkan insan yang mampu mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Justeru, Seksyen Pendidikan dan Bimbingan bercadang untuk menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah 2019. Hal ini bagi memastikan modal insan dapat disusburkan dalam kalangan staf dan mahasiswa UPM. Selain itu, Pusat Islam UPM juga telah melaksanakan aktiviti keagamaan dan kerohanian yang lain seperti Kuliah Tasawwur Islam, Kursus Sembelihan, Kursus Pra-Perkahwinan, Ihya Ramadhan dan lain-lain lagi. Inisiatif penganjuran program-program sebegini menunjukkan pertambahan kesedaran staf dan mahasiswa untuk membantu dalam usaha memberikan pengisian rohani yang mampu membantu memantapkan sahsiah insan.

     

    1. Objektif
    1. Melahirkan individu yang memiliki pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam pengurusan jenazah selaras dengan kehendak al-Qur’an dan al-Sunnah.
    2. Memberi pendedahan dan maklumat kepada peserta mengenai proses dan konsep yang bakal diperolehi melalui bengkel ini agar ianya dapat dipraktikkan serta untuk meningkatkan kemampuan mengurus jenazah dengan sempurna menurut hukum syarak.
    3. Sebagai kesinambungan ilmu fardu kifayah yang terus dipelajari dan diwarisi dari generasi ke generasi.
    4. Membekalkan persediaan rohani dan jasmani kepada peserta yang bakal menguruskan jenazah.

Updated:: 23/09/2019 [fahmi_mukhid]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXFJLAo~