Seminar Kekeluargaan Pasca Perkahwinan | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» SERVICES & FACILITIES » Pengurusan Kursus, Bengkel dan Seminar » Seminar Kekeluargaan Pasca Perkahwinan

Seminar Kekeluargaan Pasca Perkahwinan

  • Latar Belakang

 

  • Pusat Islam Universiti (PIU) UPM telah ditubuhkan pada bulan Julai 1989 dengan matlamat untuk menjadi sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan penyampaian perkhidmatan keagamaan dan kerohanian di kalangan warga UPM serta masyarakat sekitarnya.

 

  • Bagi menyokong hasrat ini, PIU antara lain berperanan merancang dan melaksanakan aktiviti dengan memberikan tumpuan terhadap:
  1. kecemerlangan sahsiah dan modal insan dengan mengambil kira perkembangan intelek, emosi, fizikal dan spiritual;
  2. keagamaan dan kerohanian yang menjana pemerkasaan aqidah, ibadah dan akhlak bagi melahirkan generasi Khair Ummah serta merealisasikan insan yang bercirikan Ahsan Al-Taqwim;
  • pemantapan kerohanian dan keagamaan yang bagi memantapkan lagi iman, taqwa dan ihsan sesuai dengan perkembangan era globalisasi dan ICT;
  1. pengintegrasian ilmu, kemahiran, iman dan amal secara bersepadu bagi melahirkan insan bermentaliti kelas pertama, berpesonaliti unggul serta berakhlak mulia; dan
  2. memberikan kerjasama penuh kepada PTJ dalam UPM, agensi kerajaan, pihak swasta dan pelanggan dalam hal ehwal Islam serta seumpamanya demi masa depan Islam dan umatnya.

 

  • Kesemua aktiviti yang disebutkan di atas dilaksanakan dengan matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan peradaban yang unggul selari dengan visi dan misi PIU.

 

  • Selaras dengan peranan tersebut, PIU telah merancang pelbagai aktiviti kerohanian dan keagamaan termasuklah kerjasama dengan agensi-agensi lain.

 

  • Pihak PIU akan memohon persetujuan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau konsultansi-konsultansi lain untuk melaksanakan program “Seminar Keluarga Bahagia 2019” yang akan diadakan pada 25 April 2019 di Dewan Reka bentuk, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM.

 

  • Program “Seminar Keluarga Bahagia 2019” ini merupakan aktiviti Pusat Islam UPM sebagai panduan untuk pasangan-pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan. Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen (WAZAN). Diharapkan seminar ini mampu menyediakan bimbingan kepada peserta sebagai bekalan asas dalam membina rumahtangga yang cemerlang mengikut konsep Islam.

 

  • Objektif

Di antara objektif penganjuran program ini adalah untuk:

  • Memberi pengetahuan kepada ibu-bapa cara mendidik anak dengan cara yang betul.
  • Mengurangkan jumlah penceraian yang meningkat di dalam masyarakat Islam yang mana merupakan antara faktor berlakunya gejala sosial dikalangan remaja Islam.

 

  • Impak Kepada PIU dan UPM

Penganjuran kursus ini akan memberi impak yang signifikan kepada PIU dan UPM seperti berikut:

 

  1. Mempelajari dan memahami kepentingan PIU dalam bergerak bersama agensi luar untuk meningkatkan mutu pengetahuan, kemahiran dan penghayatan Islam secara bersistematik, efisyen dan berkesan;
  2. Memberikan pendedahan kepada warga UPM berkaitan prosedur dan tatacara permohonan untuk berkahwin yang menjadi perkara penting dalam pembinaan rumah tangga.
  • Menjadikan Pusat Islam Universiti sebagai Pusat Perkhidmatan pembangunan ummah yang sentiasa relevan menerusi kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan.
  1. Menjalin kerjasama dengan semua pihak dalam dan luar kampus dalam memberikan ilmu kepada warga UPM dan masyarakat setempat, serta memupuk jalinan hubungan yang lestari;

Updated:: 27/08/2019 [fahmi_mukhid]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXFJVAp~