Seminar Faraid Dan Harta Pusaka | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» SERVICES & FACILITIES » Pengurusan Kursus, Bengkel dan Seminar » Seminar Faraid dan Harta Pusaka

Seminar Faraid dan Harta Pusaka

  1. Latar Belakang

    Modal insan merupakan perkara yang amat perlu diberi perhatian dalam pembangunan sesebuah negara. Kehancuran modal insan merupakan petanda keruntuhan sesebuah negara bangsa. Sehubungan itu, modal insan perlu dibangunkan serta dimantapkan supaya ia mampu menjadi agen dalam membangunkan negara untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Pembagunan modal insan tidak boleh lari dari memenuhi keperluan aspek jasmani dan rohani. Dua aspek ini perlu dimantapkan secara seimbang supaya melahirkan insan yang mampu mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Justeru, Seksyen Pendidikan dan Bimbingan bercadang untuk menganjurkan Bengkel Faraid 2019. Hal ini bagi memastikan modal insan dapat disusburkan dalam kalangan staf dan mahasiswa UPM. Selain itu, Pusat Islam UPM juga telah melaksanakan aktiviti keagamaan dan kerohanian yang lain seperti Kuliah Tasawwur Islam, Bengkel Pengurusan Jenazah, Kursus Sembelihan, Kursus Pra-Perkahwinan, Ihya Ramadhan dan lain-lain lagi. Inisiatif penganjuran program-program sebegini menunjukkan pertambahan kesedaran staf dan mahasiswa untuk membantu dalam usaha memberikan pengisian rohani yang mampu membantu memantapkan sahsiah insan.

     

    1. Objektif
    1. Bertujuan untuk memberi pengetahuan am tentang ilmu Faraid.
    2. Bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pembahagian harta secara adil menurut syariat Islam.
    3. Pendedahan kepada isu-isu klasik dan kontemporari yang berkaitan dengan Ilmu Faraid.
    4. Kemampuan untuk menganalisa masalah-masalah Faraid berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah tanpa mengabaikan kemampuan akal.

Updated:: 11/01/2024 [asmunir]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXFJVA4~